Tuesday, November 22, 2011

[Video] Kenapa Indonesia Tak Hormat Lagu Negaraku

"Ketika blogwalking tadi, terbaca satu entry dari blogger ini yang menunjukkan betapa warga Indonesia tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia. Alasan itu seterusnya merungkai persoalan kenapa Indonesia selama ini kurang menyenangi Malaysia. Mungkin dari kecil lagi sudah diajar tentang keburukan ini supaya menanam kebencian terhadap negara kita. Tapi yang lucu, cari makan di negara kita juga.

Kata sahabat kita ini, ketika dia dikedai mamak utk minum teh, ada sekumpulan warga Indonesia yang duduk di meja sebelah menonton perlawanan Indonesia vs Vietnam. Sempat juga bertanya kenapa orang Indonesia  tak hormat lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Jawapan mereka.. “ Pak, lagu bapak itu dicopy dari lagu Terang Bulan karya dari negara kami. Lagu itu temanya biasa aja utk hiburan ditempat kami”.
  
“Bukannya melodi  itu untuk dihormati. Cuba bapak bayangkan kalau lagu “Aku Cinta Padamu” milik Siti Nurhaliza dibuat lagu rasmi negara kami, apakah bapak akan hormat? Malahan bapak akan diejek dan mentertawakan kami bukan? Kok lagu org bercinta mahu jadikan lagu rasmi negara?"... Hanya mampu tersenyum sahaja tatkala admin blog ini mendengarnya.



P/s: Walau apa pun alasannya, para penyokong Indonesia seharusnya menghormati lagu Negaraku apabila dikumandangkan. Tindakan mereka tersangat tidak matang dan tidak bertamadun..."

No comments:

Post a Comment